Sudah 4 tahun berlalu... rindunye rase hati pada rakan-rakan seperjuangan lebih-lebih lagi pada kak ya dan kak ej... Na teringat pada blog yang kita create bertiga.. alhamdulillah masih cantik dan sama macam dulu.. hehe.. cepatnya masa berlalu, kak ya, kak ej dan na sendiri masing-masing dah bekeluarga dan menjadi ibu-ibu muda... alhamdulillah rezeki dari Allah. Kepada kak ya dan kak ej, semoga diberkati Allah selalu dan bahagia hingga ke syurga.

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN

SPM 2009


ANJING-ANJING NERAKA

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan -

  • jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
  • bacalah Al-Qur'an
  • tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
  • jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
  • jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
  • jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
  • jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
  • jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
  • jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
  • jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."

Sabda Rasulullah S.A.W., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."

Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?"

Sabda Rasulullah S.A.W., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T."

"SELAMAT HARI GURU"
“ Hak guru lebih agung dari hak ibu bapa, sebab orang tua penyebab adanya kita sekarang & kehidupan
yang fana. Sementara guru,
pengubah hidup yang kekal. Sekiranya tidak ada guru, nescaya apa yang dihasilkan & diarahkan oleh orang tua akan celaka selamanya.”

-Imam Al-Ghazali-

"SELAMAT HARI IBU"


Buat Ibu kami yang amat kami sayangi
serta
semua ibu-ibu di duni
a....

"Mak, Na sayang mak"

"Ma, Ej sayang ma"

"Mie, Ya sayang ummi"

" Terima kasih atas segala-galanya...
bersusah payah membesarkan na, ya dan ej.. dan sanggup melayan kerenah kami yang nakal2 ini... kami doakan mak, ma ngan ummi sihat dan bahagia selalu...

mmuaah.. sayang mak, ma ngan ummi.. "










Pendidikan Islam
Tingkatan 3


-Pengurusan Jenazah Satu Kefardhuan-

Episod 2
"Kaifiyat Memandikan Jenazah"









Nukilan : Fithria
h - Sabrina - Azmanizam


Penggunaan Ikon dalam Slide Pembentangan

Ia sedikit sebanyak
membantu guru
dalam proses P&P

Dan ia tiada masalah bagi guru yang diminta ganti secara tiba-tiba. Dengan berpandukan ikon ini, dapat memudahkan guru menjalankan setiap langkah pengajaran dengan sempurna.


Contoh :


Ikon guru
yang telah digunakan di dalam slide di atas menunjukkan bahawa ketika itu adalah sesi pengulasan guru tentang tajuk yang sedang dipelajari.







Ikon pelajar
dalam slide ini membawa maksud pada waktu itu merupakan sesi pembentangan oleh setiap wakil kumpulan pelajar.

Kemudian disusuli dengan
ikon guru di mana guru akan mengulas kembali apa yang telah dibentangkan pelajar.






Dalam slide di atas, ikon di sebelah kiri menunjukkan waktu guru menayangkan video berkaitan tajuk yang sedang diajar. Guru cuma perlu menekan ikon tersebut untuk menayangkan video tersebut.

Ikon di sebelah kanan pula menunjukkan ikon aktiviti pengayaan. Guru akan meng"klik" pada ikon tersebut untuk pengayaan ke internet.


( Teknologi Pendidikan Islam ) Assignment untuk Semakan Ustaz Mohd Anuar bin Mamat

(Teknologi Pendidikan Islam ) Assignment untuk Semakan Ustazah Salina binti Busrowi

Kitab-kitab untuk dijadikan Rujukan Bidang Qiraat..

Kitab-kitab untuk dijadikan Rujukan bagi Bidang Tajwid