Penggunaan Ikon dalam Slide Pembentangan

Ia sedikit sebanyak
membantu guru
dalam proses P&P

Dan ia tiada masalah bagi guru yang diminta ganti secara tiba-tiba. Dengan berpandukan ikon ini, dapat memudahkan guru menjalankan setiap langkah pengajaran dengan sempurna.


Contoh :


Ikon guru
yang telah digunakan di dalam slide di atas menunjukkan bahawa ketika itu adalah sesi pengulasan guru tentang tajuk yang sedang dipelajari.







Ikon pelajar
dalam slide ini membawa maksud pada waktu itu merupakan sesi pembentangan oleh setiap wakil kumpulan pelajar.

Kemudian disusuli dengan
ikon guru di mana guru akan mengulas kembali apa yang telah dibentangkan pelajar.






Dalam slide di atas, ikon di sebelah kiri menunjukkan waktu guru menayangkan video berkaitan tajuk yang sedang diajar. Guru cuma perlu menekan ikon tersebut untuk menayangkan video tersebut.

Ikon di sebelah kanan pula menunjukkan ikon aktiviti pengayaan. Guru akan meng"klik" pada ikon tersebut untuk pengayaan ke internet.



Karikatur Pengurusan Jenazah


Pendidikan Islam Tingkatan 3

Pengurusan Jenazah Satu Kefardhuan.
Episod 1: Hukum dan Kewajipan Menguruskan Jenazah serta Tindakan Awal Ketika Berlaku Kematian



p/s : diharapkan hasil nukilan ini dapat dijadikan panduan berguna....






oleh : Fithriah, Azmanizam & Sabrina

Sama-samalah kita menghayatinya...

Pengaplikasian Teknologi dalam P & P

Prinsip Penggunaan Teknologi Pendidikan dalam
Proses Pengajaran dan Pembelajaran


-Ia hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan.

-Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa.

-Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu:
Sebelum kegunaan - merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran.
Semasa kegunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran.
Selepas kegunaan - merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.

-Ia mesti dipilih berdasarkan kesesuaiannya dari segi topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah.

-Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada: - pengenalan topik - perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep - penutup dan kesimpulan topik pelajaran dan juga penilaian kefahaman pelajar terhadap topik.

-Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat meransang pembelajaran.

-Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk sahaja.

-Selepas digunakan ia perlu ditanggalkan atau diubah supaya tidak mengganggu pelajar belajar seterusnya.

-Setelah tamat sesi pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin kelas.


Ciri-ciri dan Jenis Teknologi Pendidikan yang Baik

-Alat yang dapat menjelaskan idea - idea yang kabur dan menerangkan isi-isi pelajaran. Contoh: Penggunaan cek terbuka dan tertutup yang telah diperbesarkan.

-Alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar. Contoh: Tulisan dan angka yang ditulis dalam transperensi mestilah besar dan jelas.

-Tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya. Contoh: Gunakan pelbagai warna pen untuk memberi penekanan kepada perkataan-perkataan dalam topik yang ingin diajar.


-Gunakan bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan.


-Tunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri.

Kepentingan Teknologi Pendidikan dalam P & P

Antara kepentingan-kepentingannya ialah :


1) Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan.


2) Menjimatkan masa, tenaga dan wang.

3) Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar.

4) Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh.

5) Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian.

6) Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar.

7) Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar.
Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum.

8) Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya.
TOKOH FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

AL-GHAZALI: PERINTIS FALSAFAH ISLAM

Oleh: Akhi Masrawi

DALAM dunia falsafah Islam Al-Ghazali merupakan perintis awal yang sangat terkenal. Beliau yang mendapat gelaran "Hujjatul Islam" adalah Ilmuwan ulung yang sangat berjasa terhadap perkembangan dunia keilmuan Islam.

Nama lengkap beliau ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali at-Tusi. Lahir di Tus, Khurrasan pada tahun 450H. Ayahnya merupakan seorang sufi yang sangat wara' dan kerjanya memintal dan menjual benang yang ditenun dari bulu biri-biri. Turut mendedahkan anak-anaknya dengan asas sufi. Al-Ghazali mempunyai seorang saudara lelaki bernama Ahmad.

Pada mulanya beliau mendapat pendidikan awal di kampungnya sendiri dalam bidang Fiqh dan kemudian meneruskan kembara Ilmu ke Jurjan. Pernah berguru dengan beberapa orang ulamak terkenal pada zamannya, misalnya Imam al-Juwaini di Naisabur dan Nizam al-Muluk di Muaskar. Melalui Nizam al-Muluk, Al-Ghazali diterima mengajar di Madrasah Nizamiyah di Kota Baghdad disokong kemahiran bermuhadharah sehingga menjadikan dirinya seorang Ilmuwan yang amat terkenal dalam bidang Fiqh, Ilmu Kalam dan Falsafah pada zaman tersebut. Lantaran mewarisi sifat Ulamak Islam beliau juga sering bermusafir dan mengembara dari sebuah negara ke negara yang lain bagi menambah ilmu dan menyebarkannya. Sangat dihormati oleh Pemerintah Bani Saljuk dan Abbasiah kerana keilmuannya yang mendalam dan mempelopori bidang ilmu falsafah. Menurutnya keilmuan dan keistimewaan para sufi tidak akan dapat dipelajari melalui buku-buku kecuali dengan pengalaman dan merasainya sendiri.

Falsafahnya telah meninggalkan kesan yang berpengaruh dalam diri para Intelek Islam seperti ar-Rumi, Ibn Rusyd, Syah WaliuLlah dan ramai lagi. Setelah beberapa lama mengembara dan mempertajamkan ilmu serta sikapnya sebagai seorang sufi, al-Ghazali kembali ke Naisabur atas desakan Fakhrul Muluk, anak kepada Nizam al-Muluk untuk kembali mengajar di Madrasah Nizamiyah. Namun tidak beberapa lama setelah itu, Fakhrul Muluk mati terbunuh dan Al-Ghazali kembali semula ke Tus dan membuka sebuah madrasah bagi menyebarkan ilmu dan mendidik hati. Al-Ghazali kembali ke rahmatullah pada tahun 505H dalam usia 55 tahun.

ASAS-ASAS FALSAFAH AL-GHAZALI

Menurut Al-Ghazali falsafah secara ringkasnya dikatogerikan kepada enam aspek penting iaitu: matematik, fizik, metafizik (KeTuhanan), politik, logik dan etika (akhlak). Malah menurutnya Islam tidak melarang mempelajari ilmu-ilmu seperti falsafah Greek asalkan ianya tidak bertentangan dengan Islam sebagaimana dibahaskan di dalam karyanya yang berjudul "Tahafut al-Falasifah" mengenai fizik dan metafizik yang mengatakan alam ini terurus dengan sendiri tanpa kawalan. Walaupun beliau bersetuju dengan sumbangan teori falsafah yang dipelopori oleh Aristotles dan Plato terhadap nilai keilmuan Islam, namun tidak semua diterima oleh beliau kerana terdapat sejuzuk dari bidang falsafah yang bertentangan dengan akidah Islam.

Dalam kitab "al-Munqidz Min ad-Dhalal" al-Ghazali menyatakan bahawa para Filosof yang menganut pelbagai mazhab dan yang membawa pemikiran yang berciri kekufuran dapat dibahagikan kepada tiga golongan:
a. Golongan ad-Dahriyyah (Aties) Golongan ini mengingkari adanya Tuhan. Kata mereka, alam ini ada dengan sendirinya. Seperti haiwan yang ada melalui mani dan mani dari haiwan tanpa kesudahan lingkarannya, demikian pula halnya dengan alam ini. Golongan ini adalah zindiq.
b. Golongan at-Tobi'iyyah (Naturalis) Golongan ini memusatkan perbahasan pada alam fizika, terutama haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Keajaiban yang mereka temui menjadikan mereka mengakui adanya Pencipta yang Maha Bijaksana. Golongan ini berpendapat setiap jiwa akan fana dan tidak kembali lagi. Lantaran itu mereka mengingkari adanya hari akhirat, syurga dan neraka. Golongan ini juga termasuk zindiq.
c. Golongan al-Ilahiyyah (Theis) Golongan ini muncul dari dua golongan yang telah dinyatakan. Seperti Sokrates, Plato dan Aristotle.

Kesan daripada itu, Aristotle telah menyanggah pemikiran para filosof sebelumnya, tetapi dia sendiri tidak mampu membebaskan diri dari sisa-sisa kekufuran. Namun ilmu-ilmu falsafah selain yang membincangkan tentang KeTuhanan boleh diterima selagimana tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Sebagai contoh Al-Ghazali menunjukkan satu contoh dalam ilmu matematik yang tidak dapat diingkari kebenarannya.

Adapun dalam bidang keTuhanan, Al-Ghazali berpendapat para filosof banyak bertentangan dengan agama Islam, sehingga wajib ditolak. Untuk maksud tersebut karyanya yang berjudul
"Tahafut al-Falasifah" yang mengemukakan 20 masalah yang tidak sesuai dengan Islam (meliputi hal kufur dan bid'ah) harus diteliti oleh Umat Islam. Konklusi yang dibuat oleh Al-Ghazali di dalam perbahasan kitab tersebut meletakkan tiga aspek pertentangan antara filosof dan Islam iaitu:
1. Filosof menganggap qadimnya alam
2. Tuhan tidak mengetahu peristiwa-peristiwa kecil yang berlaku di bumi
3. Mengingkari kebangkitab semula jasad pada hari akhirat Sebagai cadangan untuk menyelak pemikiran falsafah Al-Ghazali bolehlah membaca karyanya "Tahafut al-Falasifah" dan "Maqasid al-Falasifah."

PERSPEKTIF SARJANA ISLAM TERHADAP AL-GHAZALI

Para Ilmuwan Islam baik sezaman dengan beliau atau selepasnya amat tertarik dengan daya pemikiran dan falsafah yang diketengahkan beliau untuk tatapan umat Islam. Sebagai seorang pengkritik kepada filosof beliau juga tidak terlepas daripada diertikaikan sebagai seorang ahli falsafah. Contohnya Ibn Rusyd yang menulis sebuah buku berjudul "Tahafut at-Tahafut" sebagai serangan balas terhadap dakwaan Al-Ghazali yang menentang pemikiran falsafahnya. Walau bagaimanapun perkara ini dianggap sebagai suatu kebiasaan para ilmuan mendatangkan hujah dan dalil terhadap perselisihan pendapat di kalangan mereka. Perkara sebegini juga berlaku terhadap Plato apabila teori falsafahnya diperbetulkan oleh muridnya, Aristoteles. Menurut Ibn Tufail dalam menghuraikan penentangan Al-Ghazali terhadap aspek metafizik di atas tadi bahawa ianya memang suatu kontradiksi daripada fikirannya dan ada lain pendapat yang mengatakan ianya kesan perkembangan pemikiran Al-Ghazali bermula dari peringkat awal pendidikannya sehinggalah beliau mengalami pelbagai pengalaman dan peningkatan terhadap ilmu pengetahunnya. Selain Sarjana Islam, Orientalis barat dan penulis-penulis bawat juga sering menulis tentang Al-Ghazali. Antara mereka ialah J.Wensik, Obbermana, Cara De Vaux dan lain-lain lagi lantaran kekaguman terhadap teori falsafahnya. Pun begitu mereka yang sering mengikuti perkembangan Al-Ghazali sering memberikan pandangan dan penafsiran yang berbeza-beza antaranya B.B Mc donald yang menyifatkan Al-Ghazali sebagai seorang tokoh yang terkenal di dunia Islam sebagaimana Augustinus dalam dunia Kristian. Malah Pascal, filofoh terkenal Perancis sering merujuk kepada pendapat Al-Ghazali dalam falsafahnya.


KARYA AL-GHAZALI


Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali adalah ulamak dan pemikir Islam yang sangat produktif dalam penulisan. Jumlah hasil tulisannya sehingga kini masih tidak dapat ditentukan dengan tepat secara defenitif oleh para penulis sejarahnya. Ini kerana ada di antara kitab-kitabnya yang telah diterbitkan dan masih ada yang tersimpan dalam perpustakaan makhtutah negara-negara Arab. walau bagaimanapun Abdurahman Badawi mengklasifikasikan karya Al-Ghazali kepada tiga katogeri. Pertama kitab yang dikenalpasti dengan tepat sebagai karya Al-Ghazali sejumlah 72 kitab. Kedua, kelompok yang diragui terdiri dari 22 kitab dan ketiga, Kitab yang dapat dipastikan bukan karyanya sejumlah 31 kitab. Kitab-kitab yang ditulis oleh beliau meliputi pelbagai bidang ilmu seperti al-Quran, akidah, ilmu kalam, usul fiqh, fiqh, tasauf, mantiq, falsafah, kebatinan dan lain-lain.

Antara karyanya yang sangat berpengaruh dan dominan ialah: 1. Tahafut al-Falasifah 2. Ihya' Ulumiddin 3. al-Munqidz Min ad-Dhalal 4. Miskat al-Anwar 5. Maqasid al-Falasifah 6. Majalis Al-Ghazali 7. al-Mustazhari Hasil karya beliau sering menjadi rujukan terutama dalam bidang falsafah ialah "Tahafut al-Falasifah" yang banyak membongkar pemikiran dan pendirian beliau. Karyanya ini merupakan jawapan dan pendirian terhadap falsafah yang bertentangan dengan akidah Islam. Inilah bukti yang menjadikan beliau ahli falsafah yang mempunyai keistimewaan. Dalam pencarian hakikat dan kebenaran yang sering mendorong dirinya menjadi seorang pengkaji yang bukan hanya mendalami ilmu malah mengamalkan keilmuan dan merasai dzuq seorang muslim sejati. - Tamat.
Apa itu Teknologi dalam Pendidikan ???

"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan"
(Crowell (1971):Encyclopedia of education)

"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran"
(Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)

Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.
Implikasi IT dan Internet

Di luar negeri, khususnya di Amerika Syarikat, IT dan Internet sudah betul-betul merasuk ke dalam kehidupan sehari-hari. Dalam berbagai hal dapat kita lihat implikasinya. Berbagai dokumen dapat kita baca untuk melihat hal ini. Tulisan ini hanya membahas implikasi dalam bidang Pendidikan, Bisnes, dan Pemerintahan sahaja.

Implikasi di bidang Pendidikan

Sejarah IT dan Internet tidak dapat dilepaskan dari bidang pendidikan. Internet di Amerika mulai tumbuh dari lingkungan akademis (NSFNET), seperti diceritakan dalam buku “Nerds 2.0.1”. Demikian pula Internet di Indonesia mulai tumbuh dalam lingkungan akademis (di UI dan ITB), meskipun cerita yang selepas itu muncul di bidang bisnes. Mungkin perlu diperbanyak cerita tentang manfaat Internet bagi bidang pendidikan.

Adanya Internet membuka sumber informasi yang tadinya susah diakses. Akses terhadap sumber informasi bukan menjadi masalah lagi. Perpustakaan merupakan salah satu sumber informasi yang mahal harganya. (Berapa banyak perpustakaan di Indonesia, dan bagaimana kualitinya?.) Adanya Internet memungkinkan seseorang di Indonesia untuk mengakses perpustakaan di Amerika Serikat. Mekanisme akses perpustakaan dapat dilakukan dengan menggunakan program khusus (biasanya menggunakan standard Z39.50, seperti WAIS[1]), aplikasi telnet (seperti pada aplikasi hytelnet[2]) atau melalui web browser (Netscape dan Internet Explorer). Sudah banyak cerita tentang pertolongan Internet dalam penelitian, tugas akhir. Tukar menukar informasi atau tanya jawab dengan pakar dapat dilakukan melalui Internet. Tanpa adanya Internet banyak tugas akhir dan tesis yang mungkin memerlukan waktu yang lebih banyak untuk diselesaikan.

Kerjasama antar pakar dan juga dengan mahasiswa yang letaknya berjauhan secara fisik dapat dilakukan dengan lebih mudah. Dahulu, seseorang harus berkelana atau berjalan jauh untuk menemui seorang pakar untuk mendiskusikan sebuah masalah. Saat ini hal ini dapat dilakukan dari rumah dengan mengirimkan email. Makalah dan penelitian dapat dilakukan dengan saling tukar menukar data melalui Internet, via email, ataupun dengan menggunakan mekanisme file sharing. Bayangkan apabila seorang mahasiswa di Iran dapat berdiskusi masalah kedoktoran dengan seorang pakar di universiti terkemuka di pulau Jawa. Mahasiswa di manapun dapat mengakses pakar yang terbaik di Indonesia dan bahkan di dunia. Batasan geografi bukan menjadi masalah lagi.

Sharing information juga sangat diperlukan dalam bidang penelitian agar penelitian tidak berulang (reinvent the wheel). Hasil-hasil penelitian di perguruan tinggi dan lembaga penelitian dapat digunakan bersama-sama sehingga mempercepat proses pengembangan ilmu dan teknologi.


Distance learning dan virtual university merupakan sebuah aplikasi baru bagi Internet. Bahkan tidak kurang pakar ekonomi Peter Drucker mengatakan bahwa “Triggered by the Internet, continuing adult education may wll become our greatest growth industry”. (Lihat artikel majalah Forbes 15 Mei 2000.) Virtual university memiliki karakteristik yang scalable, iaitu dapat menyediakan pendidikan yang diakses oleh orang banyak. Jika pendidikan hanya dilakukan dalam kelas biasa, berapa jumlah orang yang dapat ikut serta dalam satu kelas? Jumlah peserta mungkin hanya dapat diisi 50 orang. Virtual university dapat diakses oleh siapa saja, darimana saja.

Bagi Indonesia, manfaat-manfaat yang disebutkan di atas sudah dapat menjadi alasan yang kuat untuk menjadikan Internet sebagai infrastruktur bidang pendidikan. Untuk merangkumkan manfaat Internet bagi bidang pendidikan di Indonesia:

· Akses ke perpustakaan;
· Akses ke pakar;
· Menyediakan fasiliti kerjasama.

Inisiaif-inisiatif penggunaan IT dan Internet di bidang pendidikan di Indonesia sudah mulai muncul. Salah satu inisiatif yang sekarang sedang giat kami lakukan adalah program “Sekolah 2000”, di mana ditargetkan sejumlah sekolah (khususnya SMU dan SMK) terhubung ke Internet pada tahun 2000 ini. (Informasi mengenai program Sekolah 2000 ini dapat diperoleh dari situs Sekolah 2000 di http://www.sekolah2000.or.id) Inisiatif seperti ini perlu mendapat sokongan dari kita semua. Ingat, ini masa depan anak cucu kita semua.
PENGAPLIKASIAN MULTIMEDIA DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Oleh :
Fitrah, Eje & Na
myfinazs@gmail.com.my


Abstract

The aim of this article is to discuss the multimedia application lesson and learning in process especially in Islamic Education. This article also discussed about multimedia concept, concept teaching and learning, multimedia nature, inside multi-media technology concept in Islamic Education, elements in multi-media and example of use of multimedia in education. At the same time, this article also cleared of multimedia types done as teacher teaching aid material when lesson and learning process. This use of multimedia can affect effectiveness of teacher's lesson and further make more meaningful student learning. This article suggest all teachers in Islamic Education apply multimedia technology in diversifying their instruction method.

Keywords

“Multimedia” “ Proses Pengajaran dan Pembelajaran” “ Pendidikan Islam”.


Pengenalan

Penggunaan teknologi merupakan satu isu yang amat penting dibincangkan dalam pendidikan masa kini. Jika suatu ketika dahulu guru lebih banyak bergantung kepada bahan yang diambil daripada buku teks, akhbar, majalah, buku rujukan dan pelbagai bahan bercetak untuk membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kini teknologi telah merubah teknik pengajaran guru di bilik darjah. Ini kerana pelajar hari ini bukan sahaja telah banyak didedahkan dengan pelbagai teknologi moden yang serba canggih malah banyak juga yang begitu bergantung kepada teknologi moden tersebut dalam kehidupan harian mereka.

Sebagai guru pendidikan hari ini, kita amat beruntung kerana mendapat banyak peluang dan pendedahan mengenai teknologi moden ini, berbanding suatu ketika dahulu kita hanya dapat melihat penggunaan teknologi moden di dalam filem sains fiksyen semata-mata. (Mahzan Arshad, 2005).

Tujuan utama pengaplikasian multimedia dalam pendidikan ialah untuk memberikan kefahaman dan keberkesanan yang mendalam dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penerokaan dalam bidang ini telah dibuat secara mendalam dalam usaha untuk membangunkan bidang pendidikan yang berasaskan teknologi dan mencuba sedaya upaya untuk mengatasi segala masalah dan kepincangan yang berlaku dalam pengaplikasian teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. (Anneke Eurelings, 2001)

Penggunaan multimedia dalam pengajaran Pendidikan Islam ini adalah selari dengan kehendak Menteri Pelajaran Malaysia Dato’ Sri Hisyamuddin Tun Hussin dalam ucapannya di London pada 11 Januari 2005 yang berhasrat menjadikan pendidikan di Malaysia pendidikan yang bertaraf dunia. Dalam merealisasikan hasrat ini, pihak kerajaan telah melaksanakan Sekolah Bestari yang menggunakan pelbagai media berasaskan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga pihak kerajaan telah membina kemudahan makmal komputer di setiap sekolah, pembekalan komputer riba dan LCD untuk kemudahan guru dan juga membekalkan pelbagai perisian dalam semua mata pelajaran di sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.


Konsep Multimedia

Multimedia ialah teknologi yang menggabungkan grafik, bunyi, video dan animasi yang menghasilkan persembahan yang menakjubkan (Rozinah Jamaludin, 2005). Ia mempunyai keupayaan interaktif yang tinggi sehingga ia digunakan dalam program yang memerlukan interaksi pengguna. Dengan menggunakan komputer multimedia, mata pelajaran Pendidikan Islam tidak akan menjadi satu mata pelajaran yang membosankan, malah ia berupaya mengangkat ilmu Islam ke taraf yang lebih tinggi.

Contohnya dalam penggunaan CD-ROM, ia dapat mempercepatkan dan mempermudahkan penyampaian ilmu kepada para pelajar. Ia juga berupaya meningkatkan kefahaman pelajar melalui gabungan grafik, bunyi, video dan animasi yang membuka ruang minda ke arah kefahaman yang menyeluruh. Para guru juga tidak perlu bersusah payah lagi menyediakan dan menggunakan bahan bantuan mengajar (BBM) yang banyak tetapi belum tentu dapat menarik minat pelajar.


Konsep Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Burns and Anderson (1987), pengajaran adalah satu latihan penyelesaian masalah, iaitu guru perlu menitikberatkan proses-proses komunikasi, motivasi, pengurusan bilik darjah, pentadbiran dan penilaian.

Guru melaksanakan strategi untuk menggalakkan pelajar mencapai matlamat. Ia melibatkan komunikasi, kepimpinan, motivasi dan kawalan.

Mengikut Le Francois (1992), terdapat tiga peringkat dalam proses pengajaran iaitu proses sebelum pengajaran, semasa pengajaran dan selepas pengajaran.

Koh Boh Boon (1985) pula mengatakan pengajaran sebagai ‘satu proses kompleks yang dipenuhi oleh pelbagai unsur termasuk kualiti pelajar, kecerdasan, bakat, minat, pengaruh, motivasi, persekitaran sekolah dan dorongan ibu bapa.’

Tugas guru ialah mengajar dan hasil daripada proses pengajaran ialah proses pembelajaran. Guru mesti menggunakan pendekatan sistematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dia mesti merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar. Proses pengajaran yang menarik akan membantu proses pembelajaran pelajar. (Boon Pong Ying & Ragbir Kaur, 1998)

Manakala maksud pembelajaran pula, mengikut Gagne (1974), apa yang dikatakan pembelajaran adalah perubahan pemikiran, kebolehan dan perangai seseorang yang bukan disebabkan oleh proses tumbesar atau pembesaran. Perubahan itu biasanya merupakan pertambahan kebolehan bagi sesuatu perbuatan atau pekerjaan yang berkaitan dengan minat, sikap dan nilai seseorang.

Proses pembelajaran manusia berbeza dengan proses tumbesaran tumbuh-tumbuhan. Sebatang pokok akan tetap membesar selagi pokok itu menerima udara, air dan baja yang cukup. Manusia juga akan tetap membesar selagi ia menerima udara, air, dan makanan, tetapi tidak semestinya dia mengalami proses pembelajaran. Proses pembelajaran manusia memerlukan usaha dan rangsangan daripada pihak yang mengajar kepada pihak yang belajar. Proses pembelajaran berlaku sekiranya rangsangan yang diberi oleh pengajar menerima gerak balas daripada pelajarnya. Sekiranya rangsangan itu tidak menimbulkan gerak balas pelajar, ini menunjukkan proses pembelajaran tidak berlaku. (Abd. Ghafar Md. Din, 2003)


Konsep Teknologi Multimedia dalam Pendidikan Islam

Menurut Abu Bakar Abdul Majeed (1999), teknologi bukanlah sesuatu yang asing dalam sejarah Islam, tetapi ia suatu yang berterusan, berkembang bersama kekreatifan manusia bagi memudahkan kehidupan. Menurutnya lagi, sebelum abad ke-16 masihi, telah lama berkembang maju teknologi-teknologi yang membantu kecemerlangan umat Islam. Sebenarnya, ajaran dalam agama Islam itu sendirilah yang menjadi pencetus dan penggerak utama kepada kejayaan Teknologi Sains dan teknologi lain pada masa itu.

Manakala menurut Ismail Ibrahim (1998) pula, ayat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. iaitu surah al-‘Alaq secara tidak langsung sudah membicarakan soal teknologi komputer. Dalam surah tersebut Allah s.w.t menggunakan perkataan Qalam yang bermaksud alat untuk menulis, menyebar dan menyimpan maklumat serta ilmu. Alat yang digunakan untuk menulis, menyebar dan menyimpan maklumat serta ilmu di atas pada masa kini tidak lain dan tidak bukan ialah komputer. Perkembangan inilah yang perlu dihayati oleh orang Islam masa kini.

Sebagaimana firman Allah (Surah al-‘Alaq :1-5)
ù&tø%$# ÉOó™$$Î/ y7În/u‘ “Ï%©!$# t,n=y{ ÇÊÈ t,n=y{ z`»¡SM}$# ô`ÏB @,n=tã ÇËÈ ù&tø%$# y7š/u‘ur ãPtø.F{$# ÇÌÈ “Ï%©!$# zO¯=tæ ÉOn=s)ø9$$Î/ ÇÍÈ zO¯=tæ z`»¡SM}$# $tB óOs9 ÷Ls>÷ètƒ ÇÎÈ
Maksudnya : “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, Dia Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Dengan penurunan ayat ini, jelaslah kepada kita bahawa menulis dan membaca adalah kunci kepada ilmu pengetahuan. Maksudnya Allah mengajar manusia dengan perantaraan menulis dan membaca. Bahkan ketika ayat itu diturunkan, Nabi Muhammad s.a.w. tidak mengenal huruf apatah lagi membaca. Qalam itu pula merujuk kepada pena yang digunakan untuk menulis dan kemudian disebarkan kepada seluruh umat manusia. Komputer telah digantikan peranan pena pada hari ini kerana tuntutan teknologi dan kepesatan aliran maklumat. Penciptaan komputer menyebabkan dunia semakin kecil kerana segala-segalanya boleh didapati dalam perkakasan tersebut dengan mudah (Abu Bakar Abdul Majeed, 1999).

Firman Allah dalam surah an-Nahl : 78
ª!$#ur Nä3y_t÷zr& .`ÏiB ÈbqäÜç/ öNä3ÏF»yg¨Bé& Ÿw šcqßJn=÷ès? $\«ø‹x© Ÿ@yèy_ur ãNä3s9 yìôJ¡¡9$# t»Áö/F{$#ur noy‰Ï«øùF{$#ur öNä3ª=yès9 šcrãä3ô±s? ÇÐÑÈ
Maksudnya : “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.”

Jelas di sini bahawa proses kejadian dan kematangan manusia bolehlah diterjemahkan dalam proses aplikasi multimedia yang menggabungkan aspek audio (pendengaran), visual (penglihatan) dan analisis (hati atau minda). Fakta ini disokong pula oleh pendapat yang mengatakan bahawa 80 % daripada apa yang dilihat, didengar dan diamalkan dapat diingat lebih lama oleh manusia (Razali Nor, 1995).

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Hujurat : 6
$pkš‰r'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä bÎ) óOä.uä!%y` 7,Å™$sù :*t6t^Î/ (#þqãY¨t6tGsù br& (#qç7ŠÅÁè? $JBöqs% 7's#»ygpg¿2 (#qßsÎ6óÁçGsù 4’n?tã $tB óOçFù=yèsù tûüÏBω»tR ÇÏÈ
Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

Maksud ayat di atas sesuai dengan sebahagian fungsi multimedia seperti menapis, menyaring dan menentukan keutamaan maklumat. Di dalam ayat ini juga Allah menceritakan umat Islam menyelidik terlebih dahulu berita yang disampaikan untuk menentukan kebenarannya dari menjaga kemaslahatan ummah. Ini mesti dijadikan ingatan kepada orang Islam yang ingin melayari internet kerana tidak semua maklumat yang dijumpai adalah benar dan perlu dihindari.

Dalam al-Quran, terkandung banyak kisah orang yang berhikmah, antaranya kisah Nabi Sulaiman dan bapanya Nabi Daud, Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis, kisah Luqman al-Hakim dengan anaknya serta Nabi Musa dan Khidir. Banyak teladan yang kita boleh belajar daripada cerita ini dalam membangunkan multimedia.

Daripada penerangan di atas, dapat kita mengambil pengajaran bahawa kita umat Islam tidak boleh ketinggalan teknologi baru ini, iaitu untuk cuba menitikberatkan kepentingan multimedia dan teknologi maklumat seterusnya menceburi secara aktif dalam alam multimedia ini. Sepatutnya umat Islam mesti ke hadapan dari orang bukan Islam, bersaing dan berlumba bukan sahaja dalam teknologi maklumat malah dalam semua bidang. Ini adalah bagi menyahut tuntutan
Rasulullah s.a.w. dalam hadith Baginda yang bermaksud :
“ Orang Mukmin ialah orang yang bijaksana, pintar, berhati-hati, berani dan tidak gopoh.” (Hadith Riwayat Al-Dailami)
Ciri-ciri Multimedia

Menurut Abu Bakar Abdul Majeed (1999) dalam Zaiton Mat Deris. (2006), sistem multimedia adalah dicirikan sebagai dikawal-komputer, penghasilan bersepadu, pengolahan, persembahan, penstoran dan komunikasi bagi maklumat bebas yang dihadkan sekurang-kurangnya menerusi perantaraan selajar (bersandar pada masa) dan diskrit (tiada persandaran masa).

Manakala mengikut Barron A. E. dan Orwig G. W. (1995), multimedia ialah :
“CD-ROMs can store digital information in any combination of text, graphics, sound, video & animation, so they make excellent medium for multimedia applications. Multimedia on a CD-ROM can range from interactive trainings programs with sound and video tv electronic books with animated characters.”

Menurut pendapat Tay Vaughan (2008), multimedia ialah : “ Any combination of two or more media formats that are integrated to form an informational or instructional program.”

Dan bagi pendapat Hofstetter (1997) dalam Rozinah Jamaluddin (2005) mengatakan bahawa : “Multimedia merupakan penggunaan computer bagi mempersembahkan dan menggabungkan dengan alatan yang membolehkan pengguna mengawal, berinteraksi, mereka cipta dan berkomunikasi .”

Daripada definisi yang telah dinyatakan di atas, boleh disimpulkan ciri-ciri multimedia adalah seperti :

i) Digital dan dikawal-komputer : maklumat wujud dalam format yang sesuai bagi pengolahan oleh komputer iaitu berbentuk digital.
ii) Teragih : maklumat disalurkan adalah terasing sama ada telah dikawal terlebih awal dan distorkan atau dihasilkan dalam masa nyata.
iii) Interaktif : terdapat kemungkinan untuk memberi kesan terhadap maklumat yang diterima serta boleh menghantar maklumat sendirian.
iv) Bersepadu : perantaraan diperlakukan dengan cara yang sekata, dipersembahkan dengan cara yang tersusun, tetapi boleh diolah secara berasingan.
v) Gabungan : berasaskan maklumat dalam media cetak, pertunjukan slaid, pemain audio dan visual atau imej dan animasi yang bergerak.


Elemen-Elemen Dalam Multimedia

Secara umumnya dapat kita perhatikan bahawa terdapat lima elemen utama dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, video,dan animasi. Interaktif juga merupakan sebahagian daripada elemen yang penting sebagai pelengkap proses pembelajaran.

Audio:

Kesan audio atau bunyi merupakan salah satu daya penarik yang berkesan untuk menarik perhatian pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Audio dalam sistem multimedia adalah seperti rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas audio dan sebagainya.

Dengan menggunakan media ini memudahkan proses pembelajaran dan pelajar lebih memberi perhatian terhadap pembelajaran. Malah media ini akan lebih memberi kesan mantap selain dapat memberi motivasi dan rangsangan kepada pelajar untuk lebih memberi tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pelajar juga tidak akan berasa bosan dengan kepelbagaian BBM (bahan bantu mengajar) yang digunakan dalam bilik darjah.

Video:

Video adalah elemen multimedia yang bersifat dinamik dan lebih realistik berbanding elemen-elemen yang lain. Media ini adalah gabungan daripada pelbagai elemen-elemen lain seperti teks, grafik, audio dan lain-lain dalam satu medium.

Video juga memudahkan penggunakan terutama guru untuk menyampai maklumat pembelajaran dengan lebih berkesan dan menyeronokkan. Dengan cara ini akan lebih merangsang pelajar untuk lebih berminat terhadap sesuatu subjek yang diajar pada ketika itu.

Video bukan sahaja memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah malah dapat mempengaruhi emosi dan perasaan pelajar dengan lebih berkesan dan berkemungkinan dapat meninggalkan kesan mendalam dalam hati pelajar.

Animasi:

Animasi bermaksud papan visual yang bersifat dinamik. Ia juga merupakan satu proses untuk menjadikan sesuatu objek supaya kelihatan hidup atau memberi gambaran yang bergerak, yang pada asalnya objek tersebut adalah bersifat statik.

Animasi merupakan elemen multimedia yang diminati ramai serta mendapat perhatian ramai terutama kepada industri kartun, kerana ia elemen ini dapat menzahirkan fantasi manusia ke alam realiti. Akan tetapi bagi proses pengajaran dan pembelajaran elemen ini juga memainkan peranan yang penting bagi guru untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar. Pengaplikasian media ini akan akan lebih memberi kefahaman kepada pelajar untuk memahami maksud yang ingin guru sampaikan. Contoh guru mengajar tentang jenis-jenis haiwan dan habitat haiwan. Pelajar akan mudah faham dan ingat jika guru menunjukkan animasi haiwan tersebut.










Contoh-contoh Penggunaan Multimedia dalam Pendidikan

Menurut Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), berikut merupakan contoh-contoh aplikasi multimedia yang dapat digunakan dalam bidang pendidikan:

Kamus Media Elektronik.

Kamus multimedia elektronik adalah salah satu contoh bagaimana multimedia dapat digunakan untk proses pengajaran dan pembelajaran. Berbeza dengan kamus biasa, kamus multimedia elektronik memaparkan makna sesuatu perkataan atau istilah yang dikehendaki dengan menggunakan pelbagai media sokongan sebagai tambahan penerangan yang diberikan menerusi penggunaan teks. Manakala menerusi penggunaan media seperti audio, video, grafik dan animasi misalnya menyebabkan penerangan sesuatu perkataan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan.

Eksperimen atau Ujikaji

Penggunaan media seperti video dan animasi apabila mempersembahkan proses ujikaji atau eksperimen membolehkan pelajar mudah memahami dan dapat mengapliaksikan teori tersebut dengan berkesan dan betul. Contoh pembelajaran tayammum, guru hanya menayang video atau animasi berkaitan cara-cara bertayammum yang betul. Cara ini bukan sahaja menjimatkan masa malah dapat menjimatkan kos. Seterusnya guru hanya akan menyuruh pelajar mendemontrasikan proses tayammum hanya dalam kelas sahaja tanpa perlu mencari tempat yang lain.

Bahan Sejarah

Bahan sejarah juga akan lebih mudah dan menarik minat pelajar jika menggunakan pengaplikasian multimedia. Dengan bantuan multimedia proses pengajaran dan pembelajaran sejarah yang selama ini merupakan subjek yang membosan bagi kebanyakan pelajar akan bertukar menjadi pembelajaran yang menyeronokkan. Hal ini adalah kerana bahan-bahan sejarah boleh direka bentuk bagi menghasilkan persembahan lebih hidup dengan menggabungkan konsep gambar sebenar, animasi 3D dan sebagainya atau guru terus menggunakan video klip yang berkaitan dengan pembelajaran sejarah tersebut. Oleh itu pelajar tidak akan berasa bosan dengan pembelajaran yang hanya menggunakan buku teks sebagai media pembelajaran. Cara ini juga, dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang suasana sesuatu sejarah itu berlaku, ini secara tidak langsung membolehkan setiap pelajar meletakkan diri mereka dalam keadaan atau situasi yang dapat memudahkan mereka memahami perkara yang sudah lama berlaku.

Sumber rujukan elektronik

Sumber rujukan elektronik juga merupakan salah satu contoh media yang menjadi salah satu bahan bantu mengajar paling meluas dalam pendidikan. Ensiklopedia, tutorial interaktif, buku elektronik, CD interaktif dan sebagainya.

Bagi mata pelajaran tarannum dan ilmu qiraat, media elektronik sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran masa kini. Ini kerana tidak semua guru boleh memperdengarkan tarannum dan qiraat dengan baik. Oleh itu penggunaan CD interaktif amat sesuai dijadikan sebagai media dalam pembelajaran tersebut.


Kepentingan Pengaplikasian Multimedia dalam Pendidikan
Antara kepentingan penggunaan multimedia dalam bidang pendidikan khususnya dalam Pendidikan Islam ialah:
i) Kemudahan penyimpanan dan kemudahan penyebaran
Teknologi multimedia membolehkan maklumat dalam kuantiti yang besar dapat disimpan dengan mudah .Di samping itu, setiap maklumat yang disimpan mudah untuk disebar atau dikongsi bersama.


ii) Kemudahan carian dan capaian maklumat
Setiap maklumat yang disimpan mudah dicapai apabila ingin digunakan. Kebanyakan aplikasi multimedia menyediakan kemudahan carian maklumat yang berkesan. Ini membantu para guru khususnya guru Pendidikan Islam mencapai apa sahaja maklumat dengan mudah dan pantas. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa guru.
iii) Rujukan dan pengukuhan maklumat menerusi sumber yang tiada batasan
Dengan adanya teknologi multimedia dan internet, seseorang pelajar dapat memperoleh sumber maklumat sebagai rujukan dan juga sebagai pengukuhan terhadap pengajaran guru sehari-harian dengan lebih mudah dan pantas.
iv) Menyediakan kuasa kawalan pembelajaran yang lebih fleksibel
Menerusi penggunaan teknologi moden ini, para pelajar dapat menguasai pembelajaran mengikut kaedah pembelajaran yang mereka minati dan gemari. Skrin latihan sebuah aplikasi multimedia pendidikan membolehkan pelajar menguji tahap kefahaman mereka sendiri terhadap topik-topik yang telah dipelajari.
v) Pembelajaran berkesan menerusi pengunaan pelbagai media
Kajian saintifik telah membuktikan proses ingatan yang berlaku dalam otak manusia semakin mudah dilaksanakan apabila manusia menerima pelbagai pengukuhan dalam pelbagai bentuk dalam masa yang singkat. Oleh itu, penggunaan imej atau gambar bagi guru khususnya guru Pendidikan Islam adalah lebih baik daripada teks kerana ia mempunyai nilai seni dan berdasarkan pengalaman semula jadi pelajar itu sendiri. Menambahkan bunyi-bunyian dan animasi dapat membantu deria penglihatan dan pendengaran supaya lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Konsep intruktiviti dalam multimedia pula melibatkan pusat otak manusia yang seterusnya meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran ( Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, 2003).



Kebaikan dan Keburukan Penggunaan Multimedia dalam Pendidikan

Menurut Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003), berikut adalah antara beberapa kelebihan atau kebaikan penggunaan multimedia dalam pendidikan khususnya dari aspek pengajaran dan pembelajaran.

1) Komunikasi maklumat yang efektif

Dengan menggunakan multimedia, pelbagai bentuk maklumat dapat disampaikan dengan berkesan dan menarik. Penggunaan gambar rajah dan video umpamanya ketika menerangkan tentang praktikal solat sangat elok digunakan bagi meningkatkan keberkesanan dan kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan. Kajian juga menunjukkan maklumat yang diterima dalam bentuk grafik dan gambar rajah dapat diterima dengan lebih mudah serta dikodkan dalam minda pelajar.

2) Format yang interaktif dan merangsang

Satu lagi faktor yang boleh menentukan keberkesanan proses pembelajaran adalah interaksi antara guru dan pelajar. Pembelajran secara aktif dipercayai dapat menimbulkan suasana persaingan yang sihat sesama pelajar. Interaktiviti dalam sistem multimedia membolehkan sesuatu proses latihan atau pengajaran dijalankan mengikut kesesuaian, keperluan dan cita rasa pelajar.

3) Pengekalan informasi yang berkesan

Pembelajaran dengan menggunakan multimedia dapat menyediakan pelbagai bentuk pengukuhan dengan menggunakan pelbagai jenis media seperti teks, audio, grafik dan animasi. Oleh yang demikian, penggunaan multimedia yang membekalkan pelbagai jenis maklumat dalam pelbagai bentuk, media dan pendekatan dapat membantu dalam pembentukan corak ingatan yang lebih kompleks dan seterusnya memudahkan proses capaian maklumat tersebut pada masa hadapan.

4) Memudah dan mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran

Kadang kala terdapat masalah dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya apabila ingin menerangkan bahagian pelajaran yang sukar diterangkan atau difahami jika hanya menggunakan teks. Contohnya ialah sewaktu memperkenalkan tentang makhraj huruf hijaiyyah, maka penggunaan media sokongan seperti grafik dan video akan lebih memudahkan dan mempercepatkan lagi proses untuk memahami tajuk tersebut.

5) Membolehkan pelajar belajar mengikut keperluan mereka sendiri

Penggunaan multimedia membolehkan pelajar mencapai maklumat tanpa perlu mengikut laluan yang telah ditetapkan seperti lembaran buku dan teks. Ia membolehkan pelajar mencapai maklumat mengikut minat, keupayaan, kehendak hati mereka sendiri dan keselesaan masing-masing. Ia membolehkan pelajar menggunakan cara yang mereka gemari bagi memahami sesuatu topik tanpa sepenuhnya bergantung kepada pengajaran yang disampaikan oleh guru mereka.

6) Memenuhi stail pembelajaran pelajar

Multimedia berupaya menyediakan persekitaran pembelajaran yang berbentuk pelbagai pancaindera dan ia sesuai untuk manusia yang mempunyai berbagai-bagai gaya pembelajaran dan tahap kognitif. Ia juga membantu para pelajar menjadi fleksibel dalam proses mental mereka dan bukan hanya membatasi diri mereka dengan gaya sendiri sahaja.

7) Meningkatkan minat dan motivasi pelajar

Penggunaan multimedia dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangsang pelajar untuk terus belajar. Ini kerana ia memaparkan sesuatu yang berbeza daripada buku teks dan buku latihan yang biasa digunakan. Kelainan ini mempengaruhi minat dan juga motivasi mereka untuk terus mendalami ilmu pengetahuan yang dibawa bersama oleh media tersebut. Apabila minat dan motivasi para pelajar diransang, proses pembelajaran seterusnya lebih mudah dilaksanakan.


Setiap ciptaan manusia pasti ada yang kurangnya. Begitulah juga dengan penggunaan multimedia dalam pendidikan. Antara kelemahan yang dihadapi dalam penggunaan multimedia ialah :

1) Kos membina aplikasi yang berkualiti

Kos yang tinggi diperlukan untuk membina perisisan kursus atau aplikasi multimedia. Ia kerana harga perkakasan dan perisian pembangunan multimedia yang diperlukan adalah tinggi. Kos mengupah tenaga mahir juga meningkat. Tenaga mahir diperlukan bagi mereka bentuk perisian, pengatur cara dan sebagainya.

2) Tempoh menghasilkan aplikasi multimedia

Proses menghasilkan aplikasi multimedia untuk pendidikan perlu dilakukan secara sistematik dan menyeluruh. Daripada proses menyediakan bahan dan media, proses mereka bentuk skrin, mereka bentuk strategi pembelajaran, menguji ketepatan isi kandungan pelajaran, proses pengujian dan penilaian dan seumpamanya, kesemuanya perlu dilaksanakan secara sistematik. Justeru itu, bagi memastikan aplikasi yang dihasilkan benar-benar berkualiti, ia akan mengambil masa.

3) Kualiti perisian

Perisian kursus yang berkualiti tinggi serta menepati piawaian pendidikan sukar dihasilkan. Faktor masa dan kekurangan tenaga mahir adalah faktor utama masalah ini. Pembangunan sesebuah perisian hanya bertumpu kepada nilai komersial iaitu kualiti hanya dinilai berdasarkan kualiti media yang digunakan dan bukannya pada kualiti nilai pengajaran dan pembelajaran.
4) Minat, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran

Kebanyakan pendidik kurang diberikan pendedahan dalam perkembangan dan kemajuan teknologi multimedia. Pendidik perlu memiliki minat, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran bagi menguruskan teknologi supaya kelebihan yang ditawarkan oleh teknologi dapat dimanfaatkan secara optimum. Mereka tidak sepatutnya bergantung pada apa yang telah disediakan semata-mata.

5) Isu reka bentuk aplikasi yang lemah

Kekurangan panduan dan piawaian yang dapat dijadikan rujukan apabila mereka bentuk skrin juga sering menimbulkan masalah. Terdapat aplikasi multimedia pendidikan masa kini yang terlalu memberi tumpuan pada reka bentuk skrin yang menarik sehingga melupakan isu sebenar yang perlu ditekankan iaitu maklumat serta strategi penyampaian yang perlu digunakan.


Kesimpulan

Dalam dunia pendidikan beberapa tahun yang lalu, proses pembelajaran lebih berorientasikan peperiksaan menyebabkan guru-guru Pendidikan Islam hanya mengajar mata pelajaran ini semata-mata untuk menghabiskan sukatan pelajaran (Ahmad Mohd Salleh, 2003). Manakala pelajar pula belajar hanya untuk mengetahui tentang agama Islam dan untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan seperti dalam PMR dan SPM. Ini menunjukkan betapa kurangnya elemen pendidikan nilai murni diterapkan kepada pelajar. Keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang telah menjadi ukuran sama ada berjaya atau tidak seseorang guru itu mengajar.

Berbeza dengan sistem pendidikan masa kini yang sedang mengalami perubahan yang pesat sekali. Pelbagai kaedah baru diperkenal dan digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran pelajar menjadi lebih bermakna ( Razali Nor, 1995).

Keberkesanan pengajaran guru sebenarnya adalah bergantung kepada kekreatifan mereka menggunakan pelbagai kaedah pangajaran dalam menyampaikan isi pengajaran. Salah satu cara untuk guru mempelbagaikan metod pengajaran mereka ialah dengan mengaplikasikan bahan multimedia dalam proses pengajaran di dalam bilik darjah. Menurut Ismail Ibrahim (1998), teknologi komputer, komunikasi dan teknologi maklumat merupakan sesuatu yang amat diminati dan menarik perhatian generasi muda sekarang ini kerana bagi mereka, dalam perisian komputer merupakan suatu yang logik dan ilmiah serta sesuai dengan zaman yang serba canggih ini. Dengan ini, apabila guru Pendidikan Islam berkebolehan dalam mengendalikan program multimedia ini, pelajar sudah semestinya akan berasa kagum dan seterusnya meminati guru Pendidikan Islam dan mata pelajaran Pendidikan Islam itu sendiri.

Menurut Abdul Ghani Shamsuddin & Norhashimi Saad (1997), penggunaan multimedia juga dapat dilihat sebagai kaedah untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan kepada mata pelajaran Pendidikan Islam. Banyak kursus yang telah dianjurkan khusus untuk guru-guru Pendidikan Islam agar mereka juga tidak ketinggalan dalam penggunaan teknologi moden ini. Menurutnya lagi, penggunaan teknologi dalam Pendidikan Islam dilihat sebagai perangsang, pemangkin dan alat bagi menambah keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Teknologi ini juga dapat mengatasi kekurangan motivasi daripada pelajar, keterbatasan sumber dan bahan daripada pihak sekolah, kekurangan keupayaan dan kepakaran daripada guru dan sebagainya (Jasiman Ahmad, 2000).

Menurut Abdul Ghani Shamsuddin & Norhashimi Saad (1997), guru-guru Pendidikan Islam perlu memanfaatkan penggunaan media elektronik ini kerana Islam bukan agama yang tertutup manakala Pendidikan Islam mesti bersifat murunah (fleksibel) dan sentiasa terbuka dengan segala perkembangan yang bermanfaat. Ini ditegaskan dalam hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “Hikmah itu (ibarat) barang yang hilang dari seorang muslim, di mana ia mendapatinya beliau adalah orang yang paling berhak menerimanya.”
( Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Dailami )

Daripada perbincangan di atas, dapat kita nyatakan bahawa penggunaan multimedia dalam pengajaran semua mata pelajaran di sekolah khususnya dalam Pendidikan Islam mampu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan. Kepelbagaian penggunaan audio dan visual dalam multimedia akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersemangat dan supaya pelajar dapat mengubah sikap dan akhlak ke arah yang lebih baik lagi untuk masa depan. Dengan ini, pengaplikasian multimedia dalam pendidikan Islam diharap sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sesetengah guru Pendidikan Islam seterusnya dapat mendidik pelajar dan menjadikan mereka pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat. Selain itu, dengan pengaplikasian multimedia dalam Pendidikan Islam akan dapat menaikkan imej guru Pendidikan Islam di mata para pelajar dan seterusnya memberikan semangat kepada guru-guru Pendidikan Islam yang lain untuk mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran mereka.

Oleh itu, setiap pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan sama ada sebagai pendidik, pelajar, pentadbir dan sebagainya haruslah bersedia untuk bergerak seiring dengan arus perkembangan teknologi tersebut supaya sistem pendidikan yang dilaksanakan tidak ketinggalan dan seterusnya mungkin tidak lagi relevan dengan keperluan masyarakat semasa.


Rujukan

Abd. Ghafar Md. Din. (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 967-61-1443-X.
Abdul Ghani Jamaluddin & Norhashimi Saad. (1997). Sekolah Bestari dari Perspektif Islam dan Perisian Multimedia dalam Pengajaran Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Maktab Perguruan Islam.
Abu Bakar Abdul Majeed. (1999). Multimedia dan Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Ahmad Mohd Salleh. (2003). Pendidikan Islam : Dinamika Guru. Selangor: Karisma Publications.
Anneke Eurelings. (2001). Multimedia in Education. In. Marc Van Lieshout, Tineke M. Egyedi & Wiebe E. Bijker (Eds.), Social Learning Technologies. (pp. 11 – 36). England : Ashgate Publishing Limited.
Barron A. E. & Orwig G. W. (1995). Multimedia Technologies for Training : An Introduction. Englewood: Libraries Unlimited.
Boon Pong Ying & Ragbir Kaur. (1998). Siri Bimbingan Diploma Perguruan : Psikologi Pendidikan II. Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd. ISBN 967 65 4593 3.
Ismail Ibrahim. (1998). Cabaran Teknologi Maklumat dan Internet : Agenda Umat Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam Pendidikan. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 983-192-961-6)
Jasiman Ahmad. (2000). Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Jade Green Publications.
Mahzan Arshad. (2005). Penggunaan Teknologi dalam Pendidikan Literasi Bahasa Melayu. Jurnal Masalah Pendidikan, 28. 269-278. ISSN 0126-5024.
Percival, Fred. (1994). Buku Panduan Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Razali Nor. (1995). Teknologi Pendidikan : Media Unjuran dan Media Elektronik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
Vaughan, T. (2008). Multimedia : Making It Work. New York: McGraw- Hill Tecnology Education.
Zaiton Mat Deris. (2006). Keberkesanan Penggunaan Multimedia dalam Pengajaran Aqidah Tingkatan 2. Latihan Ilmiah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Di manakah cantiknya seorang wanita


Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadangkala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibir yang tidak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis atau yang sekali-kali memberikan kucupan mesra di dahi ibu, ayah, suami dan anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan, sejuta perkataan belum cukup untuk mendefinasikan tentang keindahan wanita. Kitalah wanita itu, panjatkanlah kesyukuran terhadap Tuhan kerana menjadikan kita wanita dan memberikan keindahan itu. Namun betapapun di jaga, dipelihara, di belai dan di tatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram … mata akan kelam…. Satu saja tidak akan di makan usia, sifat kewanitaan yang dipupuk dengan iman…Manusia yang selalu berubah ialah kaum wanita sebab jiwanya lemah, fikirannya cetek sebab itulah sikapnya selalu mengecewakan. Kecuali wanita beriman.

DAPIPADA ADAB MENUNTUT ILMU

Sesunggguhnya Islam telah mengangkat kedudukan ilmu dan pengetahuan kerana kedua duanya memberi kesan dalam pembangunan ummat dan kemajuan semua manusia danpenghubung antara dunia dan akhirat . Dan sesungguhnya Islam mewajibkan mempelajari ilmu syariah yang mana dengannya kita dapat mengenali pencipta ( Allah s.w.t. ) dan kita dapat mengetahui apa apa yang dapat membawa kepada kebahagiaan
di dunia dan akhirat .
Islam juga tidak menghalang dalam mempelajari setiap ilmu yang bermanfaat yang berhajat kepada manusia seperti ilmu perubatan , kejuruteraan, pertanian, perindustrian, dan sebagainya . Bahkan digalakkan berlumba lumba mengambil hikmah dan ilmu yang bemanfaat ini .
Diletakkan asas kelebihan antara orang yang ‘alim dengan orang yang jahil seperti disebutkan dalam alquran ; ( Adakah sama orang yang mengetahui dan yang tidak mengetahui ? ) Dan sebagaimana Islam mengangkat martabat ilmu itu , maka Islam juga mengangkat martabat ahli ilmu iaitu para ulama . Maka para ulama ini merupakan pewaris para nabi dalam membawa obor hidayah dan iman dan menzahirkan kebenaran serta menerangi jalan . Ilmu mempunyai hak dalam mempelajarinya dan hak ini adalah adab adab dalam mempelajarinya .
Daripada adab mengambil ilmu ialah ialah beriltizam dengan bertaqwa kepada Allah dan mentaatinya serta membersihkan diri daripada akhlak yang tidak baik dan jangan memandang mudah terhadap menuntut ilmu pengetahuan daripada gurunya .
Sesungguhnya telah dihabiskan waktunya dalam penyelidikan dan penghasilan , dan pernah dikatakkan dahulu bahawa ; ( Ilmu itu tidak diberikan kepada kamu semuanya melainkan sebahagian sahaja ) .
Orang yang berakal ialah orang yang mengambil perhatian dan memberi masanya dalam membaca perkara yang bermanfaat daripada kitab , ketahuilah apa apa yang perlu disungguhkan dan apa apa yang akan diusahakan dengan bersungguh sungguh terhadap ilmu pengetahuan kepada manusia , dan atas penuntut ilmu itu perlu ditinggalkan tipu daya dirinya . sesungguhnya telah beri’tikad bahawa ilmu ini seperti laut , tidak mudah untuk mendapatkannya , dan sesungguhnya ia bersama apa apa yang diberi daripada ilmu pengetahuan dengan firman Allah : (………. Wahai tuhanku , tambahkanlah ilmuku .)
KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."
Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."
Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."
12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya. Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.
10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

( Teknologi Pendidikan Islam ) Assignment untuk Semakan Ustaz Mohd Anuar bin Mamat

(Teknologi Pendidikan Islam ) Assignment untuk Semakan Ustazah Salina binti Busrowi

Kitab-kitab untuk dijadikan Rujukan Bidang Qiraat..

Kitab-kitab untuk dijadikan Rujukan bagi Bidang Tajwid