Pengaplikasian Teknologi dalam P & P
Prinsip Penggunaan Teknologi Pendidikan dalam
Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Proses Pengajaran dan Pembelajaran
-Ia hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan.
-Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa.
-Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu:
Sebelum kegunaan - merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran.
Semasa kegunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran.
Selepas kegunaan - merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.
-Ia mesti dipilih berdasarkan kesesuaiannya dari segi topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah.
-Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada: - pengenalan topik - perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep - penutup dan kesimpulan topik pelajaran dan juga penilaian kefahaman pelajar terhadap topik.
-Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat meransang pembelajaran.
-Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk sahaja.
-Selepas digunakan ia perlu ditanggalkan atau diubah supaya tidak mengganggu pelajar belajar seterusnya.
-Setelah tamat sesi pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin kelas.
Ciri-ciri dan Jenis Teknologi Pendidikan yang Baik
-Alat yang dapat menjelaskan idea - idea yang kabur dan menerangkan isi-isi pelajaran. Contoh: Penggunaan cek terbuka dan tertutup yang telah diperbesarkan. -Alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar. Contoh: Tulisan dan angka yang ditulis dalam transperensi mestilah besar dan jelas.
-Tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya. Contoh: Gunakan pelbagai warna pen untuk memberi penekanan kepada perkataan-perkataan dalam topik yang ingin diajar.
-Gunakan bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan.
-Tunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri.
0 comments:
Post a Comment